3 produk tempatan yang boleh dijual di Ebay
Di pasaran antarabangsa seperti Ebay, anda boleh jual pelbagai barang dan produk seperti makanan. Kalau anda nak jual makanan, tak perlu pening dan serabutkan fikiran kerana kami akan tunjukkan 3 produk tempatan yang boleh dijual di Ebay. 3 produk Malaysia ini anda boleh jual di pasaran luar negara. Hanya ambil barang yang ada di sekeliling anda dan jual ke luar negara.
Jual produk yang ada di sekeliling anda
Malaysia memang banyak sumber produk yang boleh dijual di pasaran antarabangsa. Ada banyak lagi produk yang boleh anda jual selain dari gambar yang ditunjukkan dengan syarat anda belajar dahulu cara menjual di Ebay.
Ebay menggunakan matawang dolar US untuk berurusniaga. Anda tak perlu buat iklan seperti FB Ads. Memang orang akan datang ke Ebay untuk membeli barang. Jika anda nak belajar buat bisnes di Ebay, saya boleh kongsikannya dengan anda.
Katakan anda jual makanan ringan seperti Super Ring. Harga jualan di Ebay ialah USD20.70. Kalau jual sebanyak 15 unit, anda sudah dapat USD310.05 atau RM1,387.
Jika anda jual Teh Boh Cameronian berharga USD18 sebanyak 149 unit, anda boleh dapat USD2,682 atau RM11,988.54.
Maggi perisa kari berharga USD15.50 di Ebay. Jual 7 unit boleh dapat USD108.50 atau RM485. Jual Maggi pun boleh untung besar!
Panduan asas bisnes Ebay
Dengan panduan ini, anda boleh belajar asas menjual di Ebay. Tanpa produk sendiri, anda boleh buat duit secara dropship sahaja.