4 jenis gaji yang layak untuk beli rumah
1. Gaji RM1,500. Anda layak memohon pembiayaan untuk rumah bernilai RM76,000. Boleh usahakan rumah lelong atau rumah PPR.
2. Gaji RM2,500. Anda layak memiliki rumah jenis apartment yang bernilai RM196,000.
3. Gaji RM4,000. Anda layak memiliki rumah bernilai RM376,000. Kondominium atau teres satu tingkat adalah pilihan yang sesuai.
4. Gaji RM10,000. Anda layak memiliki rumah teres, penthouse, semi D atau banglo yang bernilai RM1.09 juta. Selain itu, anda boleh beli tanah untuk membina rumah sendiri.

Cara kumpul deposit rumah
1. Simpan 10% dari gaji setiap bulan. Jika gaji anda RM2,500 sebulan, setahun sudah ada simpanan sebanyak RM3,000.
2. Buat pembiayaan ASB. Hasil dividen + surrender value yang anda dapat boleh dijadikan deposit rumah.
3. Buat bisnes di Shopee. Anda boleh mulakan bisnes di Shopee dengan menjual produk sendiri atau produk orang lain secara dropship. Letak target untuk simpan sebulan RM1,000. Setahun sudah ada simpanan RM12,000.
Terus ke laman ini untuk belajar buat duit di Shopee.
Cara kira kelayakan untuk beli rumah
Katakan individu yang ada pendapatan bersih di bawah RM3,000, DSR bank terhad kepada 60%. Jika individu yang berpendapatan bersih di atas RM3,000, DSR bank terhad kepada 70%. Ini adalah contoh sahaja dan dikira secara kasar.
Setiap bank mempunyai kadar DSR yang berlainan. Ada bank yang meletakkan had sampai 80% jika ada individu yang berpendapatan tinggi. Jadi, untuk melihat kelayakan anda membeli rumah, kadar DSR mestilah tidak lebih dari kadar yang ditetapkan oleh bank.
Cara kira DSR adalah seperti di bawah :
DSR = (komitmen bulanan terkini + ansuran rumah baru)/pendapatan bersih
Komitmen bulanan terkini
Ia merujuk kepada hutang-piutang yang anda tanggung setiap bulan seperti pembiayaan kereta, pembiayaan peribadi, pinjaman pelajaran, pembiayaan ASB, kad kredit dan lain-lain.
Catatan tambahan
Komitmen kad kredit dikira dengan kiraan minimum 5% dari tunggakan yang ada. Jika tunggakan ada RM3,000, komitmen bulanannya ialah 5% x RM3,000 = RM150.
Pembiayaan ASB dianggap sebagai komitmen jika belum sampai setahun. Bila cukup setahun, dividen dari ASB menjadi pendapatan dan bukan lagi komitmen. Perkara lain juga boleh menjadi hutang selain dari bank, contohnya AEON Credit boleh disenaraikan dalam CCRIS.
Ansuran rumah baru
Untuk formula DSR, masukkan ansuran rumah baru yang hendak dibeli. Jika anda memilih rumah yang bernilai RM500,000 dan memohon pembiayaan 90% iaitu RM450,000. Ansuran tersebut dikira dengan bahagi 2 dan padam 2 kosong di belakangnya. Hasilnya anda akan dapat seperti di bawah :
RM450,000/3
= RM225,000
= RM2,250
Kiraan di atas hanya sesuai untuk pembiayaan rumah untuk jangka masa 35 tahun sahaja.