8 tips promosi Tone Wow di Facebook
Saya mengambil inisiatif menghasilkan 8 tips promosi Tone Wow di Facebook ini bagi membantu rakan-rakan yang telah menyertai Tone Wow atau dahulunya Tone Excel. Sebagai orang yang berpengalam dalam pemasaran di internet, saya mahu berkongsi pengetahuan yang sudah saya pelajari dan praktikkan sepanjang waktu saya berurusan dengan pelanggan.

1. Guna gambar sebenar. Anda menjalankan bisnes simkad prabayar Tone Wow secara sah. Jadi usah segan untuk guna gambar muka anda sendiri. Bila anda guna gambar artis, gambar kartun atau gambar pokok, prospek akan ragu-ragu untuk berurusan dengan anda.
2. Ceritakan kelebihan Tone Wow secara jelas. Maklumat produk Tone Wow harus disampaikan dengan betul dan jelas. Sebagai contoh, jika anda mengatakan tambah nilai RM30 dapat data internet percuma 1GB, maka anda harus ceritakan berapakah kelajuan data tersebut.
3. Usah mencela Telco lain. Bagi mengelakkan prospek panas hati, usah sesekali menghina talian yang mereka gunakan sekarang. Ada sebab mengapa mereka gunakan talian pascabayar kerana faktor kelajuan, liputan yang baik dan pakej yang ditanggung oleh majikan.
4. Elakkan Hard Selling. Selepas Add Friends, binalah silaturahim dahulu, Like pada status mereka, beri komen yang membina dan barulah hantar mesej untuk promosikan Tone Wow. Usah gelojoh untuk menjual, baru Add dan Approved terus hantar mesej untuk promosi. Orang yang nak kahwin pun kena merisik, bertunang baru boleh kahwin.
5. Jangan Tag sesuka hati. Elakkan daripada Tag iklan Tone Wow pada rakan anda. Ia akan merimaskan mereka kerana setiap komen yang diberi pada iklan tersebut akan keluar di bahagian notifikasi. Ini akan menyusahkan rakan anda kerana mereka perlu buat kerja tambahan untuk membersihkan iklan anda dari profil mereka.
6. Guna strategi Soft Selling. Ini salah satu teknik menjual secara halus. Tidak terlalu memaksa orang lain untuk membeli simkad Tone Wow. Anda boleh cerita pengalaman anda menggunakan Tone Wow dan kelebihan yang anda dapat.
7. Bersedia menerima pendapat. Anda sudah cerita kelebihan Tone Wow, tetapi bukan semua orang mahu bersama-sama dengan anda. Ada pemilik bisnes yang perlu fokus pada bisnes sedia ada. Ada juga yang tidak dapat beri komitmen. Usah caci mereka, sebaliknya terus memelihara hubungan yang sedia ada.
8. Tapis prospek yang berminat. Anda boleh buat tinjauan guna Facebook Ads. Cari prospek yang berminat dengan Tone Wow. Simpan nombor telefon atau emel mereka untuk anda hubungi kemudian.
Jika anda nak buat bisnes di internet tapi tak ada idea sila rujuk artikel jana pendapatan di internet.