Bisnes

Nampak Terdesak Nak Menjual Di Media Sosial

Nampak terdesak nak menjual di media sosial

Terlalu menjual bukanlah bagus dalam bisnes. Nampak terdesak nak menjual produk atau servis sehingga membuatkan pelanggan berasa jelik. Bisnes wajib membuat jualan dan untung, namun bagaimana anda menjual akan memberi kesan sebagai peniaga. Salah satunya ialah bisnes tidak berjalan dengan lancar.

Bisnes pisang goreng sekali pun mempunyai kredibiliti. Ia adalah sebab mengapa pelanggan memilih anda dari peniaga pisang goreng yang lain. Jika ada jurujual yang mendekati anda dan menjual dengan cara yang terdesak, belum tentu anda mahu membeli. Teknik menjual yang tidak betul akan menjauhkan bisnes dari jualan.

 

nampak terdesak nak menjual di media sosial
Terlalu menjual di media sosial memang memualkan.

 

1. Guna akaun palsu. Di laman sosial seperti Facebook, ada pengguna yang mendaftar akaun menggunakan nama produk, nama samaran dan profil yang meragukan. Gambar pula diambil dari profil orang lain. Biodata tidak ditulis dengan lengkap dan status yang ditulis menunjukkan akaun tersebut baru saja dibuat.

2. Masukkan kawan ke dalam Group. Lepas Add Friends beramai-ramai, mereka pun memasukkan rakan-rakan tadi ke falam Group untuk mendapatkan peluang beriklan. Aktiviti ini dibuat untuk memenuhi syarat Group tersebut. Ada Group yang menetapkan 100 rakan untuk melayakkan mereka beriklan di situ.

3. Tag kawan secara melampau. Lepas Add Friends, ada juga yang Tag nama rakan pada gambar produk mereka. Kalau Tag 10 orang tak mengapa, tapi Tag sampai 90 orang itu dikira melampau. Lepas itu banyak notifikasi keluar sebab orang berbalas komen pada gambar tersebut.

4. Minta Like pada Fanpage berulang-ulang. Baru lepas Add Friends, terus minta Like pada Fanpage mereka. Bawa bertenang, berniaga di media sosial perlukan kesabaran. Apa kata Like dahulu pada status atau komen pada gambar untuk mulakan silaturahim. Minta Like sekali tak mengapa, tapi kalau asyik minta Like pada banyak Fanpage, itu sudah cukup merimaskan.

5. Hantar mesej secara rawak. Baru saja Approve rakan-rakan baru. Tak lama kemudian dapat mesej seperti di bawah :
Nak beli simkad percuma data?
Nak produk bagi tahan lama?
Nak produk bagi tambah besar?
Nak ambil takaful/insuran dengan pelan haji?

Kalau hantar mesej personal tak mengapa lagi. Ini hantar secara pukal, bukan seorang saja yang terima, tapi pengguna Facebook yang lain pun dapat sekali. Sabar, bina silaturahim dahulu. Kemudian baru pasang strategi untuk menjual.

Anda boleh belajar untuk menjual secara terus, tapi bukan di media sosial tetapi di yang paling popular di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *