8 kesilapan yang dibuat semasa susah hati
Kebahagiaan adalah pilihan. Tiada alasan untuk tak berusaha mencari bahagia dan hidup konsisten dengannya. Ini 8 kesilapan yang perlu dielakkan.
1. Rasa terlepas peluang. Setiap hari adalah peluang untuk anda kejar peluang yang baru. Usah terpenjara dengan masa silam.
2. Gunakan alasan pergaulan yang gagal. Hidup tidak selalunya menemukan orang yang tepat. Adakalanya anda bertemu dengan orang yang salah untuk membentuk kekuatan diri anda.
3. Jadi orang lain untuk puaskan hati. Sekuat mana pendapat orang, ia belum dapat mengubah diri anda. Jadilah diri sendiri dan berhenti puaskan hati orang.
4. Bercampur dengan orang negatif. Berganjak dari sandiwara orang. Mula bergaul dengan mereka yang boleh menceriakan hidup anda. Sayangi mereka yang membahagiakan anda. Jarakkan diri dengan orang negatif, rapatkan dengan yang positif.

5. Fokus pada waktu dan tempat yang lain. Hari ini takkan dapat diganti pada hari yang lain. Hargai apa yang anda miliki sebelum ia diambil kembali.
6. Lupa dengan apa yang ada, cari perkara yang tiada. Boleh jadi anda memiliki sesuatu yang orang lain tiada. Anda bangun pagi sebelah isteri, orang lain bangun pagi periksa bateri telefon penuh atau tak.
7. Bergelumang dengan perkara yang tak boleh dikawal. Fokus pada agama, kewangan diri, keluarga dan bisnes itu lebih utama. Lupakan kisah yang tidak menambah pendapatan.
8. Hilang fokus pada impian sendiri. Bila nampak kejayaan orang lain, rasa hilang keyakinan dengan apa yang anda usahakan selamat ini. Ingat balik impian anda dan berlari dalam trek sendiri.