Kewangan

Apa Kesan Pembiayaan ASB Pada CCRIS

Apa kesan pembiayaan ASB pada CCRIS

Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera atau pembiayaan ASB menjadi persoalan apabila seseorang yang sudah ada komitmen dengannya mahu membuat pembiayaan perumahan. Apa kesan pembiayaan ASB pada CCRIS nanti?

Rekod kewangan anda (merujuk kepada CCRIS) akan memaparkan komitmen yang anda buat dengan pihak bank. Sebelum anda terima dividen ASB yang pertama, ia adalah liabiliti. Ia akan memberi kesan pada Debt Service Ratio (DSR) untuk pembiayaan perumahan.

Sebaik sahaja anda menerima dividen ASB yang pertama, ia dianggap sebagai pendapatan tambahan dalam kiraan DSR. Sesetengah bank akan menerima dividen ASB sebagai aset dan DSR anda akan diperbaiki semula.

Pembiayaan ASB boleh membantu anda menghasilkan rekod kewangan yang baik dalam CTOS atau CCRIS anda. Elakkan daripada membayar ansuran lewat dari tarikh yang ditetapkan atau mengelak dari membuat pembayaran.

Cetak dan simpan penyata ASB anda yang mempunyai rekod kemasukan dividen. Semoga penyata ASB anda boleh membantu memudahkan permohonan pembiayaan perumahan anda.

 

apa kesan pembiayaan ASB pada CCRIS
Apa kesan pembiayaan ASB pada CCRIS?

 

Buat duit dengan ASB

Amanah Saham Bumiputera (ASB) menyediakan peluang kepada warganegara bertaraf Bumiputera untuk membuat pembelian saham dengan ganjaran yang lumayan. Penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 6 bulan (Akaun Remaja) dan 18 tahun (Akaun Dewasa) digalakkan untuk buat duit dengan ASB. Simpanan boleh dimulakan serendah RM10.00 dan maksimum RM50,000 (Akaun Remaja) dan RM200,000 (Akaun Dewasa). Kadar dividen ASB pada tahun 2014 ialah 7.5% dan bonus 1.00%.

 

Teknik buat duit dengan ASB RM100,000

Untuk buat duit dengan ASB, anda boleh mulakan secara pinjaman RM100,000 dari mana-mana bank yang menyediakan kemudahan ini. Tetapkan 25 tahun sebagai tempoh maksimum. Gunakan dividen pertama yang anda perolehi untuk membayar pinjaman ASB berjumlah RM7,200. Bayar pinjaman ASB sebanyak RM600 setiap bulan dari duit dividen ASB kepada bank.

Baki yang tinggal dalam ASB masih lagi menjana dividen. Untuk tahun hadapan, ulang langkah yang sama untuk tempoh yang anda mahu seperti 24 bulan. Selepas tamat 24 bulan, anda boleh batalkan pinjaman ASB. Maklumkan pada bank awal 2 bulan dari tarikh pembatalan. Kemudian mohon sekali lagi untuk buat pinjaman ASB dari ejen yang sama.

 

Duit berganda lepas 2 tahun

Selepas 24 bulan, duit ASB anda RM7,200 tahun lepas akan menjadi RM10,700 (RM7,200 + RM3,500). Dalam tempoh 24 bulan, pulangan yang anda dapat ialah RM3,500 dari modal sedia ada RM7,200. Keuntungan anda ialah 24.3% setahun (3,500/7,200 = 48.6% selama 24 bulan). Perkara lain yang harus dilihat ialah :

– Lebihan aliran tunai RM7,750 – RM7,200 = RM550 setahun, 2 tahun sudah jadi RM1,100.
– Bonus sebanyak RM115 pada tahun pertama dan RM230 pada tahun kedua, jumlahnya ialah RM345.
– Dividen baki yang ada dalam ASB sebelum anda keluarkan untuk bayaran pinjaman ASB iaitu 7,200 x 7.75%/2 = RM279 setahun, 2 tahun sudah RM558.

RM1,100 + RM345 + RM558 menjadikan RM2.003, tambah dengan RM3,500 jadi RM5,503. Dalam masa 2 tahun anda dapat pulangan 76.4% (5,503/7,200). Setahun anda dapat lebih kurang 38.2% setahun. Ini adalah kiraan anggaran sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *