6 perkara yang boleh membunuh kekuatan mental anda.
1. Tinggal dalam zon selesa. Selesa dalam kesenangan, selesa dalam kesusahan. Selesa dengan gaji sekarang. Selesa dengan jawatan. Apa yang anda miliki hari ini, boleh hilang sekelip mata. Bersedia dengan rancangan lain untuk sebarang kecemasan yang bakal menjelma.
2. Sentiasa menutup minda. Tak mahu belajar perkara baru. Cukup dengan ilmu yang ada. Teknologi berubah setiap hari. Dulu nak TnG cuma bayar tol. Hari ini boleh bayar macam-macam.
3. Bergantung pada keputusan orang lain. Meletakkan nasib pada orang lain. Sekadar menurut telunjuk sahaja. Otak ada tapi tak nak guna.

4. Cemburu dengan kejayaan orang. Bila orang buat jualan RM100,000 sebulan kata macam-macam, guna pelaris. Bila suruh belajar buat pemasaran terus tak mahu. Tak ada masa katanya.
5. Tidak sabar. Nak berjaya mungkin ambil masa yang panjang. Belajar pun ambil masa bertahun-tahun sebelum SPM. Nak jualan RM1 juta setahun tapi produk/servis entah ke mana.
6. Mengulangi kesilapan yang sama. Buat 1 iklan tak jadi, buat iklan lain. Usah buang masa terlalu lama. Pernah ambil pekerja toksik, usah ambil balik bila mereka sudah berhenti. Buat 1 bisnes tapi tak berjaya, ubah segmen pelanggan sebelum buat bisnes lain.