Kewangan

Rahsia Bayar PTPTN Secara Percuma

Rahsia bayar PTPTN secara percuma

Sebut sahaja PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) pasti ramai yang tahu. Baik ibu bapa, guru, pelajar dan orang kampung. Ia adalah satu keperluan untuk pelajar masa kini untuk belajar di universiti. Sampaikan ada iklan televisyen yang berkempen untuk ibu bapa bagi mendapatkan PTPTN dengan membuat simpanan SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional).

Boleh dikatakan satu nikmat apabila pelajar-pelajar mendapat PTPTN semasa belajar. Ia telah mengurangkan tanggungan ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk membiayai anak-anak mereka belajar di universiti. Wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membayar yuran, belanja makan, sewa rumah dan membeli barang keperluan harian.

 

rahsia bayar PTPTN secara percuma
Rahsia bayar PTPTN secara percuma ada di akhir artikel ini.

 

Pinjam pandai tapi bayar PTPTN tak mahu

Apabila sudah tamat belajar di universiti, graduan akan diberikan tempoh 6 bulan sebelum mula membayar kembali hutang PTPTN? 6 bulan adalah satu tempoh yang lama. Oleh itu gunakan waktu ini dengan sebaik-baiknya untuk mencari pekerjaan. Ada graduan yang tidak juga menjelaskan bayaran tersebut selepas tamat tempoh. Mengapa jadi begitu? Boleh jadi ianya disebabkan 3 perkara ini :

1. Tidak sungguh-sungguh. Ini adalah masalah utama. Tiada perancangan untuk membayar kembali wang PTPTN yang dipinjam. Masa belajar dahulu tak ingat nak berjimat. Tahu nak guna sahaja. Sekiranya si peminjam orang yang serius, beliau akan mencari jalan untuk menjelaskan hutang PTPTN tersebut.

2. Tidak tahu prosedur. Sekiranya anda boleh membuat pertanyaan pada pihak PTPTN. Lebih mudah lagi rujuk kembali salinan perjanjian anda dengan PTPTN. Laman sesawang PTPTN juga ada menyediakan maklumat lengkap kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN.

3. Masih belum bekerja. Anda mempunyai masalah besar kerana masih belum mempunyai kerja. Tidak ada kerja maka tiadalah pendapatan. Tiada gaji yang boleh digunakan untuk melunaskan hutang PTPTN anda. Jadi apa nak buat? Takkan nak duduk sahaja?

 

Jangan lari dari PTPTN

Tak mampu bayar dan tak boleh bayar bukan boleh menyelesaikan masalah. Ia hanya akan menambahkan masalah. Jadi apa yang harus dilakukan? Bertindaklah dengan berjumpa dengan pihak PTPTN. Bersemuka dan berbincang dengan cara yang baik. Beritahu berapa jumlah minimum yang mampu anda bayar. Mungkin boleh dimulakan dengan serendah RM50 sebulan.

Tentu ada kebaikkannya jika anda menjelaskan hutang PTPTN dengan awal. Di antaranya ialah :

1. Menjelaskan hutang dengan awal akan menyelesaikan hutang dengan cepat. Lambat bayar akan mengakibatkan hutang anda menjadi semakin tinggi kerana kos perkhidmatan yang dikenakan.

2. Hutang yang dibayar anda akan digunakan untuk dimanfaatkan kepada peminjam baru. Jadi lebih mudah untuk adik-adik anda melanjutkan pelajaran di universiti.

3. Meringankan beban kewangan anda. Bila hutang sudah dibayar, anda tak perlu sakit kepala memikirkan hutang-hutang lain yang bertimbun seperti kereta dan rumah.

 

Cara biasa dengan cara bijak bayar PTPTN

Kebanyakan graduan menjelaskan hutang PTPTN dengan cara biasa. Cara biasa merujuk kepada ambil wang dari sebahagian gaji lalu dibayar terus kepada pihak PTPTN. Ada juga yang membuat potongan gaji setiap bulan. Cara ini amat merugikan kerana ianya akan menyusutkan gaji anda. Selepas anda selesai membuat pembayaran PTPTN sepenuhnya, wang anda banyak habis untuk membayar kos pentadbiran.

 

Mahukah saya tunjukkan anda cara bijak bayar PTPTN?

Cara ini memerlukan komitmen anda untuk memahami strategi ini. Ianya telah diajarkan oleh seorang graduan ijazah kelas 3. Kalau kelas pertama memang sudah tak payah bayar. Untuk mengetahui cara yang beliau gunakan, anda haruslah memahami asas kepada selok-belok kewangan yang bakal beliau kongsikan. Disiplin kewangan anda amat diperlukan supaya anda berjaya.

Cara ini amat jarang dipraktikkan kerana masih belum diketahui oleh orang ramai. Beliau adalah orang yang terawal mencuba cara ini dan telah berjaya mendapatkan hasil yang berkesan. Selepas selesai membayar hutang PTPTN, beliau berjaya mendapatkan tunai dengan cara ini. Saya percaya anda mahu selesaikan hutang PTPTN dengan cepat. Terus ke laman Rahsia Bayar PTPTN Secara Percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *