Kewangan

Rahsia Langsai PTPTN Cara Pantas

Rahsia langsai PTPTN cara pantas

Graduan yang sudah menghabiskan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta perlu mengambil langkah untuk menjelaskan hutang pendidikan dari Perbadanan Tabung Pengajian Nasional (PTPTN). Selepas 6 bulan menamatkan pengajian, tanggung jawab ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Anda yang terlibat perlu mencari tips langsai PTPTN cara pantas tanpa bertangguh.

Tidak kira anda sudah bekerja atau tidak selepas 6 bulan, pihak PTPTN akan mula menghubungi anda. Perkara yang perlu anda lakukan sebelum dihubungi oleh PTPTN ialah mencari pekerjaan dengan menghantar resume supaya dapat dipanggil ke sesi temuduga oleh bakal majikan. Dengan cara ini anda akan dapat bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan untuk menampung belanja harian.

Melunaskan hutang PTPTN adalah perkara nombor satu. Ia adalah keutamaan anda sebelum anda membuat perbelanjaan yang lain. Sistem Ujrah mengenakan caj sebanyak 1% berbanding pakej biasa iaitu 4%. Ianya dicaj berdasarkan baki berkurangan tiap bulan. Sistem Ujrah mengenakan caj 1% mengikut jumlah asal pinjaman.

 

rahsia langsai PTPTN cara pantas
Dengan teknik yang betul, pinjaman PTPTN dapat dilangsaikan dengan lebih cepat dari biasa.

 

Tips bayar PTPTN bukan ujrah

Sekiranya anda peminjam PTPTN konvensional (bukan Ujrah) membayar secara regresif. Semasa tahun pertama, mulakan dengan bayaran sebanyak RM350 sebulan. Pada tahun kedua, RM250 sebulan dan tahun yang terakhir sebanyak RM150 sebulan. Cara ini akan dapat menghasilkan penjimatan wang yang tinggi kerana kadar faedah yang dikenakan akan mengecil berdasarkan baki yang semakin berkurangan.

Anda yang berkemampuan boleh memilih untuk menjelaskan PTPTN sekaligus. Selain itu anda boleh membuat pembayaran 2 kali setahun dalam amaun yang besar iaitu RM2,500 pada bulan Januari dan RM2,500 pada bulan Jun. Ini akan dapat menjimatkan caj pentadbiran dari PTPTN. Namun begitu, usah terlalu berjimat sehingga memudaratkan perbelanjaan anda.

 

Tips bayar PTPTN Ujrah

Sistem Ujrah akan mengenakan caj yang sama setiap bulan. Katakan anda meminjam sebanyak RM15,000 maka caj bulanannya ialah RM150 setahun atau RM12.50 sebulan. Ia tidak akan susut meskipun anda membuat pembayaran seawalnya. Anda perlu singkatkan jangka masa bayaran balik dari 10 tahun kepada tahun yang lebih singkat seperti 7 atau 5 tahun.

Caj Ujrah 1% akan diberikan diskaun sebaik sahaja pinjaman anda habis diselesaikan. Bayar pinjaman anda secara progresif untuk tahun pertama hingga tahun ketiga. Untuk tahun keempat hingga kelima buat pembayaran dengan berganda supaya hutang dapat diselesaikan segera sambil mendapat diskaun.

 

Pinjaman PTPTN diinsuranskan

Sekiranya anda ditimpa kemalangan sehingga mengalami kecacatan kekal atau kematian, insurans PTPTN akan menanggung hutang anda dan automatik ia dikira langsai. Gunakan kaedah pembayaran secara perbankan internet terus ke laman PTPTN untuk memudahkan urusan pembayaran PTPTN anda. Caj 50 sen dikenakan untuk transaksi yang dilakukan. Caj ini boleh dikurangkan jika anda melunaskan PTPTN dengan membayar kesemua jumlah pinjaman sekaligus.

Jika anda tidak mampu untuk membayar semula pinjaman PTPTN dengan sekaligus, anda boleh guna konsep bijak. Ia khas untuk anda yang mahu mendapatkan semula wang tunai selepas menjelaskan pembayaran PTPTN. Terus ke laman rahsia bayar PTPTN guna wang pelaburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *