Anak lahir di Selangor dapat RM1500
Hari ini saya dan isteri ke Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat di Banting untuk mengambil penyata simpanan TAWAS yang kami daftarkan 2 minggu lepas anak sulung kami lahir, sebab dapat informasi anak lahir di Selangor dapat RM1500 bila sudah mencapai umur 18 tahun. Dulu kami sekeluarga tinggal di Sijangkang, jadi nak ke Banting memang tak jauh. Sekarang kami sudah hampir setahun duduk di Shah Alam. Nak ke Banting lebih kurang 25 kilometer kalau dikira jarak dari Taman Sri Muda.

Syarat untuk dapat TAWAS
TAWAS adalah singkatan bagi Tabung Warisan Anak Selangor yang dikendalikan oleh YAWAS iaitu Yayasan Warisan Negeri Selangor. Pendaftaran untuk setiap anak adalah percuma bergantung kepada syarat-syarat yang digariskan oleh YAWAS. Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima penyata simpanan TAWAS yang hanya boleh ditunaikan semasa anak yang didaftarkan berusia 18 tahun atau kematian menimpa mereka. Ibu bapa atau penjaga yang berdaftar perlu hadir ke pejabat YAWAS untuk membuat tuntutan.
Menurut jurucakap TAWAS, dijangkakan 4,000 anak yang berdaftar hadir bersama ibu bapa di Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat. Keadaan trafik tidak berapa sesak tetapi masih bergerak perlahan di sekitar pejabat. Ramai orang hadir berbilang kaum termasuklah Melayu, Cina dan India. Rata-ratanya hadir bersama keluarga dan anak-anak.

Syarat mohon TAWAS
Ada 3 jenis syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon TAWAS iaitu warganegara Malaysia, lahir di negeri Selangor atau di luar negeri Selangor bermula pada 1 Januari 2008, ibu atau bapa lahir di negeri Selangor, atau pun ibu atau bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
Syarat yang kedua ialah anak yang dilahirkan di Selangor, warganegara Malaysia, dilahirkan di negeri Selangor bermula 1 Januari 2008, ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi sudah bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Selangor.
Syarat yang ketiga pula ialah warganegara Malaysia, lahir di luar negeri Selangor tetapi bersempadan dengan negeri Selangor seperti Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan yang sama dengan ibu atau bapa bermula 1 Januari 2008. Ini termasuklah ibu atau bapa yang dilahirkan di daerah negeri yang lain dan bersempadan dengan Selangor Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.
Penyata rasmi simpanan TAWAS akan dikeluarkan selepas permohonannya diluluskan oleh YAWAS. Ibu bapa atau penjaga akan dimaklumkan untuk mengambil penyata tersebut. Semasa hari tersebut, ibu bapa atau penjaga wajib membawa dokumen seperti Mykid atau sijil kelahiran atau kad Si Manja jika ada.
Penyata ini hendaklah disimpan dengan cermat sehingga usia anak mencecah 18 tahun. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan penyata ini, anda perlu membuat laporan ke pejabat YAWAS dan dikenakan caj RM10. Untuk makluman, kad Si Manja adalah kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan TAWAS yang berjaya.
Manfaat menyertai TAWAS
Pasti ada yang bertanya, apa manfaat program ini kepada ibu bapa dan anak-anak yang didaftarkan? Anda mendapat 3 manfaat seperti diskaun penginapan di De Palma Hotel, diskaun keahlian AAM Roadside Assistant dan khairat kematian RM1,500 kepada waris TAWAS yang berdaftar.
*Permohonan TAWAS sudah ditutup sepenuhnya pada 31 Januari 2018.
–>> klik sini untuk baca rahsia tambah pendapatan dengan Shopee <<–
hoho..aiseh..aku tak dapat la kiranya nih..
titan recently posted…Buat Duit dengan EMAS memang BEST sebenarnya.
Ya, anak yang lahir selepas tahun 2008 saja yang dapat 🙂
When i will recieved
On 18th years old, registered children will received it 🙂
Ya, jom ramaikan anak kelahiran Selangor 🙂
Anak saya 02/02/2009
Lahir d hospital selayang blh dpt ke.. Blh daftar ke klu nk daftar sekarang mcm mn ye..
Anak saya 02/02/2009
Lahir d hospital selayang blh dpt ke.. Blh daftar ke klu nk daftar sekarang mcm mn ye..ank yg pertama lahir d hkl yg ke dua pusrawi kl yg ke- 3 ni baru baru lahir di selangor.. Kami suami istri mmg org selangor.. So mcm mn ye.. Blh dpt ke peluang utk ank sy yg pertame dan yg kedua tu lahir d kl.. Blh bg keterangan or pencerahan skit..
Boleh daftar asalkan anak di bawah usia 3 tahun.
Anak lelaki saya sudah daftar 6 tahun lepas,tapi sy tidak mendapt ape2 bantuan dan manfaat pun dr tawas..ade yg dpt baucer..ade yg dpt duit..tp anak sy tidak dpt ape2 pun..knp ye?
Mohon hubungi terus pihak pengurusan TAWAS.
Sy pun tak dpt apa bantuan,, daftar dr anak umur 5 tahun sekarang da umur 7 tahun,, baru2 ada jumpa dengan pihak tawas di hentian kajang katanya sabar nanti pihak kami akan coll,,, itulah jawapn yang diberi..
Untuk mohon TAWAS, usia anak mestilah berusia 3 tahun ke bawah.
Salah seorang dari Mak atau ayah kena anak selangor jugak. Kalau tak, susah la nak dapat.
Benar, ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Lau ibu bapa org negeriarull lain tapi anak lahir kat selangor bole ker
Bergantung pada syarat, mohon lihat di sini :
http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
Saya sudah call Pihak Tawas namun mereka maklum anak bawah 3 tahun sahaja.Saya mohon sangat dan perlu bantuan ini kerana saya baru dapat tahu fasal bantuan ini.Mohon pihak tawas dapat pertimbangkan hal ini.kerana ramai rakyat susah..
Anak sy yg sulung dah 5 tahun, kedua 2 tahun..dah 4 tahun isi TAWAS utk anak 1st, 2 thun isi utk yg 2nd..until now xda khabar berita..boleh jelaskan?
trus g kt pjbt TAWAS..ari tu sy temankn kwn dftr ank nye time tu gk dpt penyata..bila sy tanya kt pegawai utk ank sy yg dh dftr bthn lamanye tp xdpt penyata dpt kd je,pegawai tu terus chck & bg penyata tu time tu gk….katanye dulu mmg lmbt psl susah brurusan dgn bnk..skrg dorg kuarkn sndri penyata tu..
Terima kasih atas perkongsian saudara, semoga penerangan ini dapat meleraikan persoalan dan permasalahan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat kita 🙂
Anak saya lahir pd tahun 2010, tetapi belum didaftarkan lagi. Masih boleh daftar sekiranya anak dah berumur 4 tahun?
Had umur 3 tahun ke bawah sahaja baru boleh daftar.
Anak saya Sudah memperoleh kad tawas. Macam mana sy nk dapatkan penyata tawas?
Alhamdulillah untung anak selangor. Ada drp xde kan. Eh 3 anak sendiri pun lahir kt selangor hihi.. Ada had umur ke nak daftar?
anak sy dh daftar masa 2010…. sy di maklumkan permohonan saya lulus pihak tawas telah menghantar kad tawas kepada saya….dan selepas itu terus tak ada berita mengenai permohonan itu… macam mane saya nak tau mengenai permohonan saya ye??? pasal saya call tak pernah nye angkat….
2 org anak saye sudah pun menjadi ahli taeas apekah keistimewaan kad tawas n blh ke saye semak penyata tuh
Dapat wang tunai RM1,500 bila genap 18 tahun, kemudian khairat kematian juga RM1,500 untuk si anak. Ada juga diskaun penginapan di Del Palma Hotel.
Salah sorang ibu bapa mesti anak selangor jugak ye?? Maksudnya klau ibu bapa bkn anak selangor mmg xde harapan nak dpt tawas ni la ye..
Ank sy lahir di trg, sy n suami org pahang tp menetap dan beli umah di selangor lebih 7 tahun.. bole mohon tak.. tq..
Mohon baca syarat-syarat di sini :
http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
Thun 2009 saya ade daftar tuk anak lahir thun 2008…bila saya cek blik dlm sistem,tiada rekod…mcamna ye?adakah saya boleh apply kali ke 2
Kalau mak ayah asal kelantan macam mana?
Mohon baca syarat-syarat di sini :
http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
kenapa bila sy nk register nombor mykid anak saya yg lahir tahun 2010 tak bole. katanya nombor mykid tak sah
Dh isi borang kt plaza masalam ms buat mykid..tp smpi skrg lum dpt makluman..cebisan borang ada di beri sbg bukti simpanan..apa tindakan lanjutan utk info pendaftaran..yg sy dimaklumkan nnt akan ada surat dr bank yg terlibat memaklumkan..
saya pernah apply utk anak sulung sy 7 thn lepas tp dorg cakap x layak padahal anak saya lahir di ampang. Saya sdiri anak selangor. Ke kroni2 je yang dapat???
Susah juga nak jelaskan, masa saya mohon dulu ada diberitahu kalau lulus baru dipanggil.
lau putrajaya bole kira tk
Mohon baca syarat-syarat di sini :
http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
anak2 sy lahir kat PPUM pantai, Selangor gak kan? Tp suami ngan sy bukan lahir dr selangor. Layak x?
Mohon baca syarat-syarat di sini :
http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
Assalam…
Saya daftar ank saya masa umur anak saya 2 bulan dengan pihak JKKK kampung..sebab masa tu baru mula pendaftaran anak2 selangor. Anak saya lahir tahun 2010. Jadi, sebulan lepas itu saya dah dapat kad tawas anak saya. 3 bulan lepas tu, saya dpt panggilan dari pihak Bank yang menjaga akaun anak yang berdaftar sebagai anak2 TAWAS. bank AMBANK, so, pihak bank call saya untuk membuat pengesahan account setiap tahun. Jadi saya perolehinya kini. Kemudian, pihak bank sarankn saya agar datang untuk updated statement akaun ank saya tu setiap 5 tahun. ikutkan setiap tahun, tapi untuk memudahkan pihak ibubapa katanya. tahun depan bulan november,2015 genap umur anak saya 5 tahun, jadi saya akn terus pergi ke ambank (branch) untuk update.
So, kesimpulannya, kita kena rajin kol pihak pengurusan tawas. saya senang je dpt bercakap dengan pihak mereka.
So, maaflah pada yang ada komen di atas sana, jangan bercakap pasal KRONI … tq.
Terima kasih atas perkongsian pengalaman puan, boleh saya jadikan sebagai panduan 🙂
anak saya da daftar.tp smpai sekarang xdpt lg buku simpanan.call pejabat byk kali bz je.mcm mne nk cek ye.
Beyul ke Ni??? Mcm Mana nak tau??? Anak saya lahir Kat amapang tu kira Selangor jugak kan???
Masih boleh lagi, had umur daftar anak ialah 3 tahun.
Salam….sekadar nak bertanya…kalau kita dah apply TAWAS masih lg tiada jawapan pada pada yg berkenaan…benda nh dah lame sy mnuggu pada tahun 2011 lagi dan smpai skarang tiada jawapan….??agar tuan /puan dapat memberi jawapansdah lame sy tunggu jawapan ini…
terima kasih
Salam. Saya register dari anak lahir thn 2011 tp sehingga sekarang xde khabar berita pun dari tawas….
Lepas anak 18 tahun baru dapat…patut kasi terus masa kelahiran untuk kurangkan beban..
nak tanya kalau anak saya dah berumur 7tahun masih boleh daftar ker?sbb saya tak tau lah ada kelahiran selangor akan dapat bantuan seperti ni…saya harap jawapan tuan/puan..
dmanakah tempat pendaftaran nie?alamat kat banting tu dmana?anak saya ni ada juga umur 6bulan…layak kah..please jawapan pihak tuan/puan
Boleh daftar secara online dan kemudian kena cetak dan hantar ke YAWAS.
Mohon baca syarat-syarat di sini :
http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
Boleh, daftar sebelum usia 3 tahun. Mohon baca syarat-syarat di sini :
http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
Anak sy sudh d dftarkn dgn TAWAS ni tp msh tdk ada apa2 keistimewaan y d peroleh, sprtimn kawan sy y anaknya mndpt voucer tunai
Sy hubungi pihak TAWAS ttpi jwpn y d bri adalh sdg dlm proses….
Lm lg ke proses nyer????? Anak sy akn mlgkh ke thn 4 2015 ini….
Minta penjelasan
Maaf thn 5 2015
Untungnya bagi ibubapa yang anak lahir di Negeri Selangor. kena daftar cepat-cepat.
Saimi Ramlan recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
anak saya lahir 1 mei 2008…boleh apply ke?
Mohon baca syarat-syarat di sini :
http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
Dah dpt kad tawas tunas si manja…tp penyatanya bila dapatnya..x pernah dpt apa2 surat pun suruh pergi ambik penyata simpanan..macam mana ..
Sy n suami dh menetap d selangor hmpir 20thn. 2 ank sy lahir d hospitl putrajaya..kami ni tnggal di sempadan. Ceck-up mengandung semua kt selangor..sy n suami bkn org selangor..masih layak memohon ke?
Ya boleh mohon bersyarat, baca syarat-syarat di sini :
http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
salam…sy nk tanya…ape maksud mastautin/hijrah…. sy n suami asal klantan… tp dh 14 thun tggal di sel… 8 thun bli rumah d sel… alamat ic masih kelantan… apakah itu d panggil hijrah atau blum… klu blum maknanya anak sy x layak la ye…
Bermastautin maknanya anda tinggal lama di suatu tempat, macam status anda memang sudah lebih 5 tahun bermastautin di Selangor. Boleh mohon sekiranya anak anda lahir di Selangor.
Saya dah baca syarat-syarat tersebut.. Cuma syarat kedua sahaja yang saya dapat penuhi.. Adakah kesemua syarat perlu dipatuhi atau hanya salah satu sahaja sudah mencukupi.. Terima kasih
salam…anak sy umur dh 2 thn 2 bln..msih bleh memohon ke?
Ya, boleh sebab had umur ialah 3 tahun.
salam..
Saya lahirkan anak saya di hospital ampang..tp saya duduk di melaka slepas kawen..saya besalin di ampang kerana ibubapa sy di sana..anak saya xlayak ek?terima kasih
Ibu atau bapa perlu bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun.
Salam…nk tnya lau ank sy lahir dekt HKL boleh x sy memOhon yawas nie??tapi alamat pd mykid ank sy guna alamt kelantn…boleh x sy nk mohon??anj sy lahir thun 2014.
Salam, ibu atau bapa perlu bermastautin di Selangor untuk memohon TAWAS.
Klau yg lahir 1992 tahun pye anak dpt x
Mohon rujuk maklumat di sini :
–>http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
Saya dah lama apply dan dah ada card tapi sijil tu saya tak collect lagi. Mana saya boleh collect?
Mohon hubungi TAWAS secara online menerusi link ini :
http://www.pawas.yawas.my/index4.php
Dear Mr Fahmi,
Is this genuine? Tried calling office no one pick up.
Ms Lau
Yes, it is genuine Ms Lau, i have a copy for my son.
Anak mek ila yang sulung dah dapat tetapi cuma RM100, katanya baki itu mungkin akan diberikan ketika beliau mula bersekolah nanti.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Resepi Kentang Sambal Simple Sedap
Mudah-mudahan dapat bakinya selepas berumur 18 tahun nanti.
Salam….nak tnye…anak saye lahir di hospital kajang pd tahun 2009…
Mse tu saye dn istri bekerja di selangor…skrang bekerja di pahang dan anak bersekolah di pahang….adakah anak saya layak menerima …mohon pencerahan
Untuk memohon, usia anak mestilah di bawah 3 tahun semasa permohonan dihantar.
Sya dh dftr Ank Sya yg lhir PDA thn 2008 n 2010… Kedua2nye sdh dpt kad TAWAS… Ank Sya yg lhr thn 2008… Prnh mndapt voucher sbnyk rm100… Dan PDA thn ni kemsukkn ke thn 1 dpt voucher RM 50.00… Mngenai Akaun AMBANK… Ank Sya prnh mndapt SRT mngatakn smpann ddalam Akaun AMBANK… Tpi Sya x tau bgaimana hndk mngetahu atau mngesahkn Akaun ITU ada atau TDK untk Ank Sya… Bgaimna cra Sya mndpt atau mngemskinikn Akaun Ank Sya INI….
Mohon telefon kembali pihak TAWAS untuk buat pengesahan.
macamana
Tentang apa tu?
Saya berdaftar utk 2 org anak saya yang lahir pada tahun 2009 dan 2011. Yang lahir 2011 sudah dapat sijil dari ambank tetapi yang lahir pada tahun 2009 tidak dapat sijil sehingga hari ini. Saya dah call Tawas banyak kali dan tinggalkan pesanan, tetapi tidak dapat sebarang reply pun sehingga hari ini. Please advice. Thank you.
Saya berdaftar utk 2 org anak saya yang lahir pada tahun 2009 dan 2010. Yang lahir 2009 sudah dapat sijil dari ambank tetapi yang lahir pada tahun 2010 tidak dapat sijil sehingga hari ini. Saya dah call Tawas banyak kali dia kata dah penuh sedangkan anak saya dapat my kid Tawas tapi sijil tak dapat sampai sekang betul ke…bagaimana pulak sekarang boleh pulak dibuka kepada umum yang lain. Terima kasih.
Anak sy kedua lahir pada 2008. Lahir di hospital kuala lumpur. Anak sy blh dapat ke?
Mohon dahulu, sebab kelulusan bergantung pada pihak YAWAS.
Daftar kat mana ye?
Mohon rujuk di sini :
–>http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
Duduk sewa di Sijangkang je, sekarang dah duduk Shah Alam.
Kalaw warga negeri lain tp menetap lama dan anak lahir di selangor ma cam mana ye?
Mohon rujuk artikel ini :
–>http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
2 anak sy lahir d selangor.. 1 perempuan dh berusia 5 thn, yg ke 2 lelaki berusia 2 thn.. x bleh daftar ke utk tawas???
Hanya boleh daftar anak di bawah usia 3 tahun sahaja.
Ank2 sy 2 org lahir di Hospital PPUM.menetap di Shah Alam.Boleh ke mohon Ea?
Mohon rujuk artikel ini :
–>http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
Sy org Kelantan ,org rumah IC KL
Alhamdulillah anak sy dpt ,pasal org rumah mmg menetap kat Selangor dr lahir,
Cuma anak ke2 ari tu pihak tawas mintak surat pengesahan mastautin ,tp tau2 dpt kad tawas….
Alhamdulillah syukur.
HI,
Saya nak tanya klu anak saya lahir pada tahun 2014 di PPUM (KL). Saya berasal dari KL dan suami berasal dari SEL.Boleh ke kami mohoit untuk (TAWAS)?
Terima Kasih.
Mohon rujuk pos di sini :
–>http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor
salam..
macam mana nk dapatkan pengesahan bermastautin..saya menetap diputrajaya hampir 8 tahun dan suami 2 tahun .Anak saya lahir di hospital serdang selangor.Usia anak sekarang 11 bulan..layakkah anak saya mendapat simpanan tabung warisan anak selangor ini?
STK
salam sejahtera.
anak saya lahir pada tahun 2007 dan lahir di Hospital
TAR Klang.Adakah anak saya layak menerima bantuan ini.
Terima kasih.
Terimakasih untuk infonya. Salam kenal je.
Assakum saya nak tumpang tanye yee…Rm1500 anak kita ke yang dapat lepas kita hantar borang ke (tawas)…atau rm1500 kena tunggu bila ia memerlukan aje…sahaja nak bertanya sebab saya kurang faham pasal jumlah bayaran inu
Lepas anak umur 18 tahun baru dapat? Adui..ape salahnya bagi terus..by the time umur anak 18 tahun..rm1500 tu mungkin dh mcm 50sen je kot nilainya..huhu
Hi good morning , anak i lahir pada thn 2007
Ada dapat tak encik,tq
Sila rujuk artikel ini :
http://rujukankerjaya.com/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor/
boleh dahftar online…ke
Kena daftar secara offline.
Hai saya dah daftar tawas. Saya dapat kad tawas. Tapi macam mana dapat Wang. Wang ini dapat bulan2ke?
Wang tersebut dapat semasa anak dah genap 18 tahun.
SALAM, saya dan isteri saya lahir di negeri lain tapi dah mastautin hampir 30tahun diselangor, anak baru umur setahun 4bulan..
Persoalan nya macam mana nak dapat cop DUN, dan nama pegawai? saya tinggal di area shah alam
Boleh rujuk di sini ;
http://dewan.selangor.gov.my/adun/profile/70