8 tips kawal marah bila tertekan dengan anak-anak
Sebahagian besar ibu bapa akan menghadapi rasa tertekan bila menghadapi perangai anak-anak yang agak aktif sehingga memerlukan 8 tips kawal marah bila tertekan dengan anak-anak. Lambakan masalah di pejabat dan rumah yang bercampur-baur menyebabkan anak-anak menjadi sasaran untuk melepaskan tekanan. Di bawah ini adalah 8 tips kawal marah bila stress dengan anak-anak yang boleh dipraktikkan. Didoakan supaya anda boleh memahami dan mengamalkannya dengan secara berperingkat-peringkat.
1. Anak adalah ciptaan yang unik. Biasanya ibu bapa akan membuat perbandingan di antara seorang anak dengan anak yang lain. Semasa kecil, pengalaman dirotan kerana bersikap nakal dijadikan ukuran terhadap anak-anak. Kalau boleh, anak-anak hendak dirotan dengan cara yang sama seperti masa silam. Rasa marah dan benci semasa kanak-kanak dahulu mahu dilepaskan
Secara tidak sedar, ini antara ayat perbandingan yang kita biasa gunakan kepada anak. Benar, sikap anak-anak kecil akan mengimbau perangai ibu bapa semasa kecil dahulu. Tiada manusia di dunia ini yang suka dibanding-bandingkan dengan orang lain, termasuklah anak kecil. Jadi, berhenti bandingkan anak dengan sesiapa termasuklah diri kita sendiri. Tanpa disedari, ia bakal memberi impak yang besar sehingga mencapai usia dewasa.
Ibu bapa yang dibayangi memori sebegitu akan mengambil tindakan yang bersifat kebudak-budakan. Oleh itu, mengawal kemarahan dan bertindak secara rasional amat diperlukan untuk pendidikan anak-anak.
2. Pisahkan anak dari lokasi kejadian. Sekiranya anak mula menunjukkan sikap yang kurang elok dan boleh menimbulkan kemarahan, bertenang dahulu sebelum bertindak. Jika anak membaling barang atau bergaduh, bawa mereka pergi dari lokasi tersebut. Kurangkan risiko kecederaan dengan mengasingkan anak dari situ. Sebelum keadaan semakin parah, bawa mereka pergi awal-awal lagi.
3. Elakkan membebel atau menjerit supaya keadaan terkawal. Anak yang sedang meragam tidak dapat menumpukan perhatian kepada kata-kata ibu bapanya. Perbuatan membebel dan menjerit hanya akan menambahkan ketegangan pada situasi tersebut. Tidak mustahil anak-anak akan mengikut sikap ibu bapanya yang mudah marah. Nantikan masa yang sesuai untuk menasihati dan menegur kesalahan mereka dalam keadaan yang aman.
4. Basuh muka dan bertenang. Jika anda berasa marah, ambil peluang untuk membasuh muka dan bertenang. Api kemarahan anda akan reda dengan air sejuk. Bila keadaan sudah tenang, berjumpalah dengan anak anda sambil tersenyum. Ini akan membantu anda untuk bertindak positif dengan keadaan yang sedang tegang.

5. Lihat pada masa yang bermasalah. Sekiranya anda mudah marah pada awal pagi, anda perlu mengejutkan anak lebih awal. Jika anda naik angin selepas balik kerja pejabat, barangkali anda berjumpa dengan anak-anak dalam keadaan yang kusut. Bila anda memarahi anak kerana mereka masih belum tidur di waktu malam, mungkin anda sudah kepenatan pada masa itu.
Perhatikan di masa bila anda mudah marah. Kesan dari kepenatan anda mudah melenting dan naik angin. Carilah ikhtiar untuk mengendalikan masa kecederaan ini dengan efektif.
Berbincanglah dengan suami atau isteri untuk menjaga anak secara berganti-ganti supaya setiap pasangan mendapat waktu rehat yang mencukupi atau mengambil sikap bersama-sama untuk menguruskan anak.
6. Bayangkan anda diposisi anak. Bagaimana rasanya bila anda meletakkan diri di tempat anak? Anak-anak yang baru berjumpa dengan ibu bapa setelah seharian bekerja, tiba-tiba dimarahi kerana tekanan yang melanda di tempat kerja. Mereka akan berasa sedih, keliru dan tak lagi dibelai dengan kasih sayang. Barangkali mereka mahukan perhatian dan berkongsi sesuatu tentang aktiviti hari ini. Kalau bukan dengan ibu bapa, siapa lagi?
7. Peluk anak dengan erat. Semasa anda mengalami kegeraman yang amat sangat, peluklah mereka untuk mengubah emosi anda daripada geram kepada tenteram. Imbas semula memori bersama mereka, gelak ketawa yang dahulunya menggembirakan anda. Anak-anak ini masih belajar dan masih belum dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk. Memarahi mereka tidak semestinya dapat membaiki kesalahan yang dilakukan. Mungkin ketakutan pada anda akan muncul dalam diri mereka.
8. Berdoa dan amalkan doa tersebut. Bila anda ditimpa rasa yang tertekan, kalut atau panik, berdoalah supaya rasa tersebut boleh dikawal.
Kesimpulan
Berlembut dengan anak tidak semestinya memanjakan mereka. Memarahi mereka bukanlah cara yang tepat untuk mempamerkan kuasa kepada anak-anak. Sesetengah anak sudah kebal dengan rasa marah ibu bapa kerana sudah terlalu kerap mereka dimarahi. Mereka akan melawan anda secara berteriak sebagai tanda untuk mempertahankan diri.
Mengawal emosi dengan baik semasa mendidik anak amatlah penting. Berlemah lembut bukannya anda mahukan anak jadi manja tetapi ketegasan amat diperlukan disusuli dengan kelembutan. Sebagai ibu bapa, mendidik anak perlukan cara yang kreatif untuk melancarkan komunikasi secara bijaksana. Jika selama ini anda menggunakan kekerasan, tukarlah cara tersebut dengan kelembutan supaya anak anda dapat membesar dengan penuh kasih sayang.
Jika anda mencari kaaedah untuk menambah pendapatan keluarga, sila baca artikel ini.