Kewangan

Apa Erti Sebenar Bersara Dari Kerja

Apa erti sebenar bersara dari kerja?

Anda boleh pilih sama ada mahu bersara dari sebarang pekerjaan atau bersara dari kerja makan gaji di pejabat dan memulakan bisnes sendiri. Dari sini anda perlu wujudkan pendapatan bulanan yang diperlukan untuk terus hidup seperti waktu kerja dahulu. Jumlah tersebut berbeza mengikut gaya hidup setiap individu.

Ada golongan yang cukup dengan pendapatan RM4,000 sebulan dan ada juga yang memerlukan sehingga RM8,000 sebulan. Sekiranya anda mahu bersiar-siar ke luar negara, anda perlukan pendapatan yang lebih tinggi.

 

apa erti sebenar bersara dari kerja
Anda boleh pilih sama ada nak bersara di usia muda atau di usia tua.

 

Jumlah yang diperlukan untuk bersara

Untuk mendapatkan pendapatan RM5,000 sebulan, anda harus ada simpanan sebanyak RM1,000,000 di dalam akaun Tabung Haji atau pelaburan yang boleh memberikan pulangan 6% setahun. Jumlah ini boleh dicapai jika anda melibatkan diri dalam bisnes.

Menyimpan RM1,000 setiap bulan dalam bank selama 83 tahun boleh mendapatkan jumlah RM1,000,000. Tetapi jika anda meletakkan RM300 setiap bulan dalam unit amanah, anda boleh dapat jumlah yang sama dalam masa 30 tahun.

Untuk lebih pantas, anda harus melibatkan diri dalam pelaburan hartanah. Nilai rumah selepas 5 tahun membolehkan anda mengumpul RM1,000,000 dengan pantas. Rumah yang dijual dengan harga RM500,000 akan menjadi RM1,000,000 dalam masa beberapa tahun sahaja.

Anda boleh dapatkan RM5,000 sebulan sebagai pendapatan pasif jika anda memiliki rumah sewa. Jika ada 10 buah rumah sewa dengan sewa bulanan RM500, maka anda sudah ada nilai yang cukup untuk bersara awal.

 

 

 

Melindungi pendapatan

Usia semakin meningkat setiap hari. Meski pun ada wang persaraan RM5,000 sebulan ia masih belum mencukupi. Kos perubatan bagi penyakit kritikal boleh mencapai RM100,000. Tanpa pelan perlindungan takaful, anda akan berdepan dengan kesukaran.

Semasa anda masih muda dan tiada penyakit, anda boleh mencarum dengan lebih murah. Pampasan untuk waris yang ditinggalkan juga amat penting. Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, caruman perlindungan takaful anda boleh membantu waris anda meneruskan hidup.

 

Memiliki aset tanpa sebarang hutang

Anda sudah boleh merancang untuk tinggal di mana bila bersara awal. Sama ada di bandar atau di kampung, carilah rumah yang mampu dibayar dan selesai ketika anda menghampiri usia pencen. Anda mahu kurangkan tempoh hutang rumah? Berjumpalah dengan pihak bank untuk memendekkan tempoh pembiayaan.

 

Bertindaklah dari sekarang

Jika anda rasakan RM1,000,000 itu terlalu besar maka usahalah untuk mendapatkan RM100,000 dahulu. Anda boleh berusaha untuk mendapat nilai yang lebih kecil iaitu RM10,000. Jika anda boleh menjalankan bisnes dengan keuntungan RM5,000 sebulan, simpanlah jumlah tersebut selama 30 tahun supaya ia menjadi RM1,000,000.

Jika RM5,000 masih dikira terlalu tinggi, usahakanlah untuk mendapat RM2,500 sebulan. Ada banyak cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Untuk membuat perancangan awal bersara, anda perlu mesej saya dengan menekan link di bawah :

 

–> saya nak belajar rahsia bersara awal <–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *