Kewangan

10 Jenis Rumah Yang Susah Dijual

10 jenis rumah yang susah dijual

Dalam pelaburan hartanah, bukan semua unit senang dijual. Hamizi Hamdan menjelaskan ada 10 jenis rumah yang susah dijual mengikut nilai pasaran kerana tiada minat dari pembeli. Hartanah yang terkena tempias perlu dijual lebih rendah dari nilai sebenar. Harga rumah yang murah masih belum tentu dapat menarik perhatian pembeli.

 

1. Apartment tingkat 3 dan 4 yang tiada lif. Jika rumah lain susah nak dijual, rumah apartment jenis ini lebih susah untuk mendapat pembeli. Tidak semua orang gemar memanjat tangga. Anak kecil dan orang tua tidak selesa tinggal di tingkat ini.

2. Apartment tingkat bawah. Tingkat ini jadi laluan orang ramai. Anda nak buka tingkap pun kena tengok luar dahulu. Waktu berehat dan tidur juga terganggu dengan bunyi bising. Itu belum dikira dengan pencemaran bau dan kotoran habuk lagi. Tinggal di apartment tingkat 1 lebih baik.

3. Apartment tingkat teratas. Rumah yang paling atas ditimpa panas yang berbeza dengan rumah di tingkat bawah. Anda perlu hidupkan penghawa dingin sepanjang masa. Bil elektrik akan melambung tinggi. Tekanan air yang lebih tinggi diperlukan untuk pam air ke tingkat atas.

4. Rumah mewah bersebelahan rumah murah. Rumah mewah yang mahal harganya susah dijual bila berjiran dengan rumah yang lebih murah. Pandangan yang tidak menarik menyukarkan pembeli untuk membuat keputusan.

5. Rumah berhampiran loji kumbahan. Rumah yang berdekatan dengan loji kumbahan akan susut nilainya kerana kesan dari loji tersebut.

 

10 jenis rumah yang susah dijual
Usah biarkan rumah yang dibeli menjadi beban semasa ianya hendak dijual nanti.

 

6. Rumah berhampiran substesyen TNB. Jika substesyen ini meletup, pasti rumah yang di sebelahnya akan terkesan. Tetapi sehingga hari ini belum ada yang meletup lagi.

7. Rumah berkembar kluster. Rumah Semi Detached cluster memang tinggi harganya. Bukan semua orang boleh beli. Ada 2 jenis rumah ini iaitu Semi Detached biasa dan Semi Detached Cluster. Rumah Semi-D diketahui mahal. Oleh sebab itu hanya sebilangan orang sahaja mampu membelinya.

Jika ada dua pilihan Semi-D biasa dengan Semi-D Cluster maka pembeli akan membeli Semi-D yang biasa. Mereka yang mampu dari segi kewangan ada kuasa memilih. Mereka boleh pilih dapur yang tiada tingkap atau tidak menghadap dinding rumah sebelah.

8. Rumah banglo kayu. Rumah ini sukar untuk dapat pinjaman bank. Jadi pembeli kena sediakan wang tunai dengan kuantiti yang banyak. Tanah yang mempunyai status bangunan kediaman boleh mendapat pinjaman sampai 80% tetapi tidak bagi bangunan kayu tersebut.

9. Rumah untuk percutian. Resort Home tidak banyak memberi pulangan yang baik. Jika pemaju tidak mengambil inisiatif untuk menaik taraf kemudahan di situ maka sambutan akan menjadi bertambah suram.

10. Rumah Rizab Melayu. Rumah jenis ini hanya boleh dijual kepada orang Melayu. Bukan semua orang Melayu mampu beli rumah mengikut kemampuan.

 

Apa pun rumah yang hendak anda beli, biarlah ia memudahkan dan boleh menjadi rumah aset di masa yang akan datang. Cari dan beli rumah idaman dengan harga diskaun supaya lebihan wang anda boleh digunakan untuk simpanan atau mengembangkan bisnes yang sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *