Kewangan

6 Sebab Beli Rumah Sebagai Pelaburan

6 sebab beli rumah sebagai pelaburan

Setiap insan pasti ada impian untuk menjana kekayaan. Dan kekayaan yang paling mudah terhasil adalah menerusi pelaburan hartanah. Untuk menjalankan pelaburan yang melibatkan hartanah, anda perlu menjalankan beberapa kajian supaya modal anda tidak hangus begitu sahaja sekaligus mendapat pulangan yang lumayan.

Anda harus faham bahawa rumah yang dibeli untuk dilaburkan berbeza dengan rumah yang anda duduk. Anda harus bijak untuk memilih rumah yang boleh mendatangkan keuntungan berdasarkan beberapa faktor. Ia menjadi penanda aras untuk anda menjadikan sesebuah itu berbaloi atau tidak untuk dilaburkan.

 

6 sebab beli rumah sebagai pelaburan
Tak nak rumah lebur, belajarlah ilmu yang betul untuk melabur.

 

1. Kemudahan runcit. Rumah yang berdekatan dengan kedai makan, restoran dan pasaraya menjadi pilihan kerana ia akan memudahkan penduduk untuk mendapatkan barang-barang keperluan. Nilai rumah anda turut meningkat dengan lebih pantas. Kadar sewa turut boleh dinaikkan kerana kemudahan ini.

2. Laluan lebuhraya. Bagi mereka yang perlukan perjalanan yang pantas, perjalanan akan dapat dijimatkan dengan adanya lebuhraya. Nilai rumah anda akan meningkat dengan lebih tinggi apabila terdapat kemudahan lebuhraya yang berhampiran. Contohnya mereka yang bekerja di Kuala Lumpur akan menggunakan lebuhraya untuk pulang ke rumah di Nilai, Seremban.

3. Ada pusat pengajian tinggi. Jika anda pernah belajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pasti anda dapat lihat kepadatan penduduk yang terdiri di kalangan pelajar dan penduduk tempatan. Rumah-rumah sewa dipenuhi dengan pelajar yang tidak dapat tinggal di asrama. Setiap kali pelajar baru mendaftar, tidak semua ditawarkan dengan kemudahan asrama.

4. Lihat kawasan berhampiran rumah anda. Di mana anda tinggal, di situ anda boleh nilaikan sendiri bagaimana kadar kepadatan penduduk setempat hinggalah pada jarak 30 kilometer. Cari rumah yang berbaloi untuk anda laburkan supaya mudah diakses dengan pengangkutan awam atau kenderaan seperti motor dan kereta.

5. Kemudahan pendidikan dan ibadat. Kemudahan seperti sekolah, pusat tusyen dan rumah ibadat seperti masjid akan meningkatkan lagi nilai hartanah yang dimiliki.

6. Pengangkutan awam. Jika ada kemudahan awam seperti komuter, LRT dan MRT pasti akan melonjakkan nilai hartanah anda dengan lebih tinggi lagi. Dalam masa kurang dari 5 tahun harganya boleh meningkat dan ia amat berbaloi untuk dijual atau disewakan semula.

6 sebab beli rumah sebagai pelaburan ini tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kepada anda jika anda tiada inisiatif untuk bermula. Semua informasi yang dikongsikan boleh mendatangkan faedah bila anda membuat keputusan untuk mencipta kekayaan dengan pelaburan hartanah. Belajarlah dari pelabur-pelabur hartanah yang sudah berjaya menjana pendapatan dari rumah yang mereka sewakan setiap bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *